erradotdot.blogspot.com: 02/16/13

welcome

Saturday, February 16, 2013

asteroid 2013

assalamualaikum . .


berita dipetik daripada  cyberita.asia1.com


Meteor besar yang meluncur cetuskan panik di Russia, 400 cedera

MOSCOW: Sebutir meteor besar yang meluncur di ruang udara Gunung Ural di Russia pagi semalam mencetuskan panik di kalangan penduduk dan menyebabkan berlaku beberapa letupan mengakibatkan lebih 400 orang cedera.
Sebahagian besar daripada mereka yang tercedera akibat terkena serpihan kaca.
"Semua panik. Orang ramai tidak tahu apa yang berlaku. Semua orang bergegas ke rumah orang lain untuk memastikan mereka selamat," kata Encik Sergey Hametov, seorang penduduk di Chelyabinsk, kira-kira 1,500 kilometer ke timur Moscow, bandar paling besar di kawasan terjejas.
"Kami lihat sinaran cahaya, kemudian kami keluar dan mendengar bunyi gemuruh yang amat kuat," kata beliau kepada agensi The Associated Press (AP) menerusi telefon.
Seorang lagi penduduk Chelyabinsk, Encik Valya Kazakov, berkata beberapa wanita warga emas dalam kawasan kejiranannya mulai menangis sambil mendakwa bahawa dunia akan kiamat.
Beberapa meteorit - serpihan meteor besar itu - jatuh ke kolam air di bandar Cherbakul, kata pejabat gabenor wilayah itu.
Tidak segera diketahui jika ada orang yang terkena serpihan-serpihan itu.
Seorang jurucakap kementerian dalam negeri Russia, Encik Vadim Kolesnikov, berkata lebih 400 orang telah mendapatkan rawatan perubatan selepas letupan-letupan itu dan sekurang-kurangnya tiga orang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius.
Sebahagian besarnya disebabkan oleh serpihan kaca yang pecah akibat letupan-letupan itu.
Satu rakaman video amatur yang disiarkan menerusi televisyen Russia menunjukkan sebuah objek meluncur di langit kira-kira 9.20 pagi waktu tempatan dan meninggalkan jejak asap putih tebal serta sinaran yang menyilaukan.
Kejadian itu berlaku kurang sehari sebelum sebuah asteroid, 2012 DA14, dijangka melalui pada jarak kira-kira 27,000 kilometer dari bumi, pagi ini.
Namun, Agensi Angkasa Lepas Eropah dalam laman Twitternya berkata para pakarnya berpendapat kededua kejadian itu tidak ada kaitan.
Di Boston, pihak Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat sedang mengesan asteroid yang dianggap boleh membinasakan sebuah bandar itu.





semoga kita semua dilindungi oleh -Nya daripada malapetaka dan juga perkara yang tidak diingini berlaku . .
Ya Allah selamatkan lah kami walau di mana jua kami berada  . . amin ya rabbal alamin . .

school !!!

assalamualaikum . . .



school is the most fun! hehe sekolah la masa yang sangat best bg aku ! waaahhh teserlah keseronokannya time 2 . . tp time skola bukan main lg xsabar nak habis sekolah .ttsskk  (hakikatnye begitu lah ) ~~

banyak kenangan time skola dulu .hmm kalu bab kene marah ,kene jemur, kene maki 2 da kira adat la tu , , biasa sudah... dulu aku dok kelas kedua , kelas (bestari) okeh kalu da name bestari 2, memang name kls 2 la yg asyik disebut2 kt bilik guru .

once a day kitorang penah wat guru kls ktorang menangis taw , sebab perangai ktorg yg nakal nie la , urmmm maaf ustazah :-( xpe,skrg ktorang da habis blja . mesti warga smksb rindu ngn dak2 kls 5bestari 2010 kn ? err hehe . . uverrrkkk perasan gila ! eh even ktorang nakal sekali pun , kls 2 la yg mnjadi hrpn cikgu2 . .hehe 2 pn sebab.......... all position available taw . .haha poyoz sudah . ketua pengawas, pen.ketua pengawas , ketua PRS dan lain2 :-) hehe . . sebab 2 la mnjadi harpn skolah . .

eh lg satu kalu korg nak tahu , kalu ade programme pape pn mesti kls ktorang  yg kene join . . haa nampak x nampak x ? even ktorang nakal sekalipun tp tetap open minded taw kalu teacher soh to join anything .kitorang sangat sporting larh! huahua 2 namenye kelas tongkang pecah vs mulut murai berjemaah . hadoi ,poning-poning . .

nie antara pic2 time sekolah (:

haaa nie pic time last paper tok SPM . . hamboi sempat berposing lg tu !

nie sebahagian dak2 pompuan kls 5bestari . .  hehe
yg 2nd pic 2 plak kami berposing ngn cikgu paling sporting yg penah kami jumpa . . cikgu 2 ajar subjects BM (: ktorang panggil nie cikgu ROOCCKKKK! :-P

haa .nie pulak ngn teacher BI kami :  : sporting juga . .
sehari x dengar suara dia , boleh demam rindu wooo . yela teacher nie suka marah ktorang . . sebab dak2 kls nie blurr and blurr . . maaf lerr eyh . .
xmo marah ye teacher , semua nie memory pahit manis :-)

haa nie la salah satu programme yg ktorang join . . nia time hari guru , ktorang join koir (: huhu
hurmmm tibe2 rindu plak kt member2 :-\

nie time sambutan hari raya Aidilfitri . .
last sambut event hari raya kt skolah . .

rinduuuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!!!

haa nie pulak time beraya ngn dak2 kelas . .ktorang stiap tahun mesti beraya bersama . . tengok la tu .wlaupun da besar, still dapat duit raya taw ! huhu . .

oke the conclusion is . .aku miss korang sgt2 . . kite kat kelas da mcm adik beradik . sedih sama2, happy sama2 . . kalu sorg kene marah mesti semua kene . . kalu ade yg xpuas hati mesti kite slesaikn mslh 2 sama2 kn . . uwaaaa rindunyee!
ok tok tahun 2013 nie insyaAllah kite dpt wat reunion cm thun sblm2 nie . . kalu boleh kekal kn la reunion nie stiap hjung thun . .kite xpnh miss lg tok berBBQ time raya .tido kt homestay berkumpul ramai2 . . .uhhh love u all larh

insyaAllaha kita semua akan berjaya juga bersama! amin . . .
masing2 da sambung stdy, masing2 dok jauh . .huhu k2 take care eyh korang .
hope success dunia akhirat!

thanks (-:

dulu dan kini !

assalamualaikum . . .

dulu dan kini sering berkait rapat dengan zaman kanak-kanak dan juga zaman meningkat dewasa :-)
hehe aku wt entry nie sebenarnyaaaaaa aku teringin nk jadi budak-budak lagi .ahah :3



kalau tengok budak-budak sekarang nie, da x sama cam zaman aku budak-budak dulu . . yela, dulu time aku kecik2 g, mainan aku cuma yg berkaitan ngn sekeliling yg ade , baik yg kt depan rumah mahupun tepi2 rumah . . pokok , batu, pasir , air lopak ,air parit .huhu,2 la mainan aku. tp sekarang budak2 xmau da main bnde 2 semua .dorang sekarang main TABLET, PSP , tp kebanyakannye mesti la main mainan yg dperbuat dpd plastik yg da siap dsediakan, just tinggal main je . . hmm tp x elok gk kn main guna barangan plastik nie .

uhh oke2 . . nak thu x kenangan2 yg aku rindu kn time dolu-dolu 6_6
   erra rindu nakkkkkk  . . . . . . . .

  • manjat pokok ,dok atas pokok (tunggu mak panggil baru turun)
  • tangkap ikan (balik umah je mak marah sebab baju kotor bau busuk)
  • main masak2 - masak maggi guna kayu api berpinggan kn daun pisang (macam kt rumah xde dapo) hehe
  • main kejar2 / main rondas / main susun kasut , ermm mcm2 lg laa . . .
  • mancing
  • tangkap berudu 
hikhik B-)
padahal sekarang semua 2 da takut nk buat . . dulu penah la gk ,yela budak nakal kn, manjat sane manjat sini , penah la skli 2 manjat pokok <belagak nk pokok yg tinggi je> k cm nie cite nye aku manjat satu pokok 2 ,pokok 2 cm bntuk Y , oke try imagine ;-) haaa, disebabkan terlalu nakal , hambik kaw tersangkut kt tengah2 batang pokok 2 ! tersepit kt situ , uhh padan muka ,sape soh nakal mngalahkan lelaki . dala tinggi ,pastu tersepit pulak (uwaaaa menangis2 mintak tolong) . . . then nasib baik la pakcik aku ada n nampak aku kt atas 2 . . dia p ambik tangga pastu angkat aku dari pokok 2 . .hahaha malu je bila teringat balik .  . al kisahhhhh ~~~~~

tapi sekarang nie nk manjat pokok pn xreti . kalu manjat pon mybe da xley turun ,GAYAT! 

huhu . .nk putar masa jd cm zaman dolu-dolu laaaa !

mane DORAEMON nieeee +_+"""