erradotdot.blogspot.com: February 2014

welcome

Friday, February 14, 2014

Petting zoo ^^*

assalamualaikum..

uwarghhh cuti sem aku kali nie agak membosankan juga la kan .time awal-awal cuti tu je ada keluar. sempat la nak beriadah dengan family. but bukan dengan my parents, tapi dengan family abang.

Kami pergi ke PETTING Zoooo!!!
Haaaaa....FARM IN THE CITY :) di Sri Kembangan, selangor.
Bhahaha..nie nak cerita nie .time nak pergi, berpusing-pusing sampai ke jalan mati! aahhaa. yela, macam tak percaya kot kat tepi highway ada zoo . .tempat dia macam tersorok sikit la .betul-betul dekat belakang giant .ada traffic light belok kanan. and nanti belah kanan kalau perasan and yang saya ingat ada sekolah genius aulad .ahah tu pon my niece yang tunjuk hari tu .kihkih :D haaa terus je sampai belakang tu.

kitorang sesat pon sebab tu la. percaya pon macam was-was je, betul ke ada zoo nie, macam mana boleh ada binatang kat tempat yang tersorok and macam tak siap lagi je kan. tapi eyh betul pe ada zoo, ahahah tempat memang tak besar mana pon. eh kalau nak besar korang p zoo negara larh .ahah 

syok taw sebenarnya petting zoo, sebab boleh pegang binatang-binatang kat situ..huhu tapi kalau korang jenis yang tak berani tu tak payah po'ii la .kang tak pasal-pasal tak jumpa jalan keluar, hee yela konon la kan korang lari dari kura-kura gergasi, korang kedepan terus masuk tempat ular, lari dari ular masuk lak kat tempat burung, kalau geli dengan burung, kang masuk lak kat tempat iguana, kancil, rusa. hihi

tapi korang jangan la takut, pergi je situ, binatang kat sana semua dah jinak. and ular pun bukan dia lepas, dia dok dalam kaca.. ngee gempak je tadi tu.. pergi je jangan takut-takut. confirm tak rugi kalau pergi, even tempat dia kecik but can make u'olls happy tau..interesting sangat la tempat tu..ummphhh

ha tu tengok tu, bapak la besar nya kan .gila tak terpegun?! 
terpegun la macik, 
umur pon dah 31 tu .huhu masih gagah kan :)


boleh bagi burung makan juga ! eheh, setiap tempat yang kita masuk, 
ada yang jaga and dorang akan bagi kita makanan untuk binatang kat dalam tu .

 dekat dalam kawasan burung tu juga ada itik and ape tah lagi, 
ayam kalau tak silap la..hee
then masuk dekat kawasan rusa, betul kan tu rasa uwa uwaa uwaa,
 hihi .tu dia lepas and kita boleh pegang :-)


 ha nie tempat rabbit .macam-macam 
jenis rabbit ada ! ahah
hihihi tengok tu iguana!! haa besar kan, color orange lagi tu. 
eh tengok yang dengan anak saudara aku tu, besar ke tak besar binatang tu,
 itu landak afrika katanya.. ha bapak arh besar =_="

 tuu marmoset .comel je dia posing..ahaha and tu kancil, 
kecik sangat kancil tu, 
abang tu cakap tu memang size dia, and tak kan membesar dah . . .
with rabbit comel, rabbit pemalas yang kerjanya nak tidur tidur tidur . .
UHHH yang pic bawah tu aku tak tahu apa nama, 
kalau tengok rupa cam cicak, kulit cam ular and size macam biawak pon ada .
entaahhhh

 "SKUNK" orang cakap skunk busuk, tapi yang nie tak pun, 
bersih lak tu .geewaammm ngan bulu dia yang lebat tu, dah la besar .
tu pun kerja nak tidur je, orang angkat pun dia still tidur .uhuhu
haaaa yang nie apa eyh nama dia, comel..asyik nak berdiri je :D :D

 yang tu rakun ,tersangat lah comellllll..rasa nak dukung, tapi dia lak dok atas tu :( 
and ada burung kakak tua yang sangat bijak. betul tua la, ada yang umur 70years, 
100years pun ada . time nie ada parrot show, ya Allah, subhanallah
 macam tak percaya burung tu tersangat bijak, pandai .
itu kuda, ahahah terangkan macam orang tak kenal lak tu apa.
 ngee .and tersesat one pic wolf .kecil molek cute sangat ! ;-) ehehehe

ok nie la sebahagian tempat yang kami pergi, burung unta, lembu, ada lagi yang lain, ktorang tak pergi..huhu
syok kn, haaa nie la aktiviti time awal cuti sem hari tu.. lepas tu duduk la terperap dekat rumah sampai dah nak balik college dah pun .warghhhh boringg wooo dok kat rumah je, huhu tu la, member masing-masing study jauh and susah nak balik, hambik kaw duduk rumah je la jadi suri rumah sepenuh masa .ahahah

ok habis dah story about the petting zoo . .jemput jemput la ke sana .ngeee
bye Assalamualaikum

maps pinjam .TQ

Tuesday, February 11, 2014

MESSNITE ^^'

Assalamualaikum..

MESSNITE *** haa first time join hari tu .dah la tahu pun cam mengejut je. OK cerita dia macam nie sebenarnya . sebelum tu memang da tahu aku dijemput ke messnite berpasangan ngan my en.tunang la kan. tapi tu tarikh lagi sebulan kot .tiba-tiba, tup tup (bulan jan lagi tu, messnite yg aku tahu bulan feb) en.tunang call dia cakap "awak standby ye untuk messnite jumaat malam nie" .ha?! dah la time tu da hari rabu, aku da pening da, acano nieyh,  tengah final exam pulak tu, baju pun tak de .aku nak pakai baju ape! 


grr ~ macam2 persoalan kat kepala den . ok aku malas nak fikir, so buat tak tahu je, esoknya dia call lagi, berita mengejut kan lagi! adehh kalau macam tu la hari-hari, boleh heart attact aku ~_~" dia call dia cakap cm nie pulak "awak boleh tolong tak, nanti time messnite kita kena sambut dato' datin taw, saya sambut dato' and awak sambut datin" .haaa apa benda lagi nieyh.. uwaaaa menggigil kepala lutut den .sambut tetamu pon tak pernah lagi nie nak sambut VVIP .omg omg .


ok tutup cerita hari khamis, nie hari majlis nya, pepagi buta dia call, "ok jadi eyh sambut datin nanti :) " saya ambil awak lepas zohor taw .ha naseb memang tak de class hari tu, apa lagi pepagi buta elok mengantuk terus celik .baju? baju? baju? erghhhh naseb kaw la kan, aku da serabut and tak nak rasa nebess nebess .then relakssss......relaksss sehabis boleh =_=

hari jumaat tu dia ambik awal sebab katanya ada rehearsal. haa aku pon ikut jela, sampai je kat hotel tu, aku da mula nebes balik, Ya Allah ramainya ! macam mana nie . . . . . . . . . . . . . .



nak dipendekkan cerita, ahah naseb aku baik malam tu, aku tak kena pun sambut datin, sebab orang kat sana tak nak ada orang awam yang buat kerja, kalau boleh biar pegawai kat situ .perghhh Alhamdulillah :)))) hihi tak pela even first time, tak ada kawan, tak ada yang kenal pun, aku boleh tersenyum lagi sebabbbbb AKU TAK KENA SAMBUT VVIP !! hahahaha  ok cukup era cukup .tsskk -_-


tapiiiiiiiiiiiiiiii.............disebabkan en.tunang kena sambut dato' aku kena la masuk dewan tu sorang-sorang .orang lain masing-masing berpasangan .fuhhhh first time woo ikut and kena tinggal pulak tu then tak tahu pape. . ape kena buat bila dah masuk tu .ahah so apa nak takut kan, kata nak belajar .huahua aku hanya mampu ikut dorang je .apa org buat aku buat, biasalah askar punya event kan .mesti la protokol event . .

tak pe lah, semua da selesai pun .meh nak share sikit gambar-gambar time malam tu..

gambar curi .hehe bila da start kita kena hormat, fon kena silent semua, 
so nak ambik gambar pun susah la -.- 





 nie pon time nak balik dah, wahh kacak-kacak and segak-segak semua kan . .hehe 


haa setiap meja memang da ada nama tau, so sebelum masuk kita kena la 
check dulu kita duduk kat mana. 
tapiii..spoil sikit la, nama kita salah .tu tengok tu :-( but never mind . 


 seeeee . . .candle light dinner .grr so tak de la segan
 sangat nak makan .ahah tu la susah nya kalu tak tahu pape .hee
 and this! one more gambar curi .sementara tunggu nak duduk, sempat kan juga snap 1. 
boleh kan, ala 1 je tak banyak ponnnn
ahah baju yang bernaseb baik. yela bernaseb baik la 
aku pilih dia .ahaha jadi laaaaa dari tak de :-P

ha gambar yang kat bawah nie for the next messnite .ok dah, kira da boleh la menyesuaikan diri dengan orang sekeliling .ehehe




dah la tu, cukup la story sikit nie je .ahah btw i"m happy join this event !!! TQ