erradotdot.blogspot.com: 03/20/13

welcome

Wednesday, March 20, 2013

doa-doa yang makbul. .

assalamualaikum . .



kita sebagai umat islam,mestilah kena rajin berdoa. jangan cepat give up kerana Allah sentiasa ada disisi kita untuk mendengar segala permintaan umatnya . .so bersabar la ye. dan sentiasa meminta petunjuk dari-Nya :)

DOA-DOA YANG MAKBUL

  •  Orang yang terdesak.
  •  Orang yang teraniaya atau dizalimi.

  •  Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
  •  Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-Tanda Doa Yang Makbul:

  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  •  Menangis tatkala berdoa.
  •  Terasa menggeletar.

Cara Berdoa:

  •  Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"
  •  Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
  •  Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.
  •  Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
  •  Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
  •  Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).


rajin-rajin kan lah untuk menunaikan solat :)
solat itu wajib kn? solat itu tiang agama kan?
so bersolatlah dengan khusyuk .insyaAllah apa yang dipohon akan dipanjatkan oleh-Nya..