erradotdot.blogspot.com: asteroid 2013

welcome

Saturday, February 16, 2013

asteroid 2013

assalamualaikum . .


berita dipetik daripada  cyberita.asia1.com


Meteor besar yang meluncur cetuskan panik di Russia, 400 cedera

MOSCOW: Sebutir meteor besar yang meluncur di ruang udara Gunung Ural di Russia pagi semalam mencetuskan panik di kalangan penduduk dan menyebabkan berlaku beberapa letupan mengakibatkan lebih 400 orang cedera.
Sebahagian besar daripada mereka yang tercedera akibat terkena serpihan kaca.
"Semua panik. Orang ramai tidak tahu apa yang berlaku. Semua orang bergegas ke rumah orang lain untuk memastikan mereka selamat," kata Encik Sergey Hametov, seorang penduduk di Chelyabinsk, kira-kira 1,500 kilometer ke timur Moscow, bandar paling besar di kawasan terjejas.
"Kami lihat sinaran cahaya, kemudian kami keluar dan mendengar bunyi gemuruh yang amat kuat," kata beliau kepada agensi The Associated Press (AP) menerusi telefon.
Seorang lagi penduduk Chelyabinsk, Encik Valya Kazakov, berkata beberapa wanita warga emas dalam kawasan kejiranannya mulai menangis sambil mendakwa bahawa dunia akan kiamat.
Beberapa meteorit - serpihan meteor besar itu - jatuh ke kolam air di bandar Cherbakul, kata pejabat gabenor wilayah itu.
Tidak segera diketahui jika ada orang yang terkena serpihan-serpihan itu.
Seorang jurucakap kementerian dalam negeri Russia, Encik Vadim Kolesnikov, berkata lebih 400 orang telah mendapatkan rawatan perubatan selepas letupan-letupan itu dan sekurang-kurangnya tiga orang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius.
Sebahagian besarnya disebabkan oleh serpihan kaca yang pecah akibat letupan-letupan itu.
Satu rakaman video amatur yang disiarkan menerusi televisyen Russia menunjukkan sebuah objek meluncur di langit kira-kira 9.20 pagi waktu tempatan dan meninggalkan jejak asap putih tebal serta sinaran yang menyilaukan.
Kejadian itu berlaku kurang sehari sebelum sebuah asteroid, 2012 DA14, dijangka melalui pada jarak kira-kira 27,000 kilometer dari bumi, pagi ini.
Namun, Agensi Angkasa Lepas Eropah dalam laman Twitternya berkata para pakarnya berpendapat kededua kejadian itu tidak ada kaitan.
Di Boston, pihak Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat sedang mengesan asteroid yang dianggap boleh membinasakan sebuah bandar itu.





semoga kita semua dilindungi oleh -Nya daripada malapetaka dan juga perkara yang tidak diingini berlaku . .
Ya Allah selamatkan lah kami walau di mana jua kami berada  . . amin ya rabbal alamin . .

No comments:

Post a Comment